JTX

This item was filled under [ Jtx 1000 ]

Kelebihan jtx-1000

  • Menjimatkan Petrol 10%-20%.
  • Meningkatkan Kuasa Enjin 20%-30%.
  • Memanjangkan Jangka Hayat Enjin

1. Tahan tekanan lampau & menangkis hakisan pada enjin.                               -enjin  dilindungi.

2. Meningkatkan kuasa enjin.                                                                                                   - lebih laju

3. Formulasi EP/AW. – minyak untuk pemanduan lasak / agen yang menghindari kehausan enjin.

4. Membolehkan pergerakan enjin yang lebih stabil & senyap.                                 - tiada gangguan ketika memandu.

5. Mengurangkan penggunaan bahan bakar seperti petrol, diesel & gas.              - menjimatkan wang untuk perjalanan lebih jauh.

6. Penukaran minyak boleh melebihi 10,000 km.                                                           - lebih jimat wang dan masa.

7. Menghakis @ mencegah tompokan kotoran minyak.                                              - enjin kelihatan seperti baru.

8. Mengekalkan pelinciran terbaik bagi permukaan keluli yang bersentuhan.   - enjin lebih lancar dan senyap.

Tagged with: [ ]

Dapat income ke menulis blog

This item was filled under [ Internet Business, article ]
FAKTA
Di Amerika, mereka yang berumur 21 Ke 30 Tahun
mampu menjana pendapatan lebih daripada Lebih Rm100,000 Sebulan dengan blog. Jika mereka boleh, mengapa tidak anda !!!

Salam hormat kepada pembaca sekelian hari ini saya ingin kongsikan tips macam mana blog boleh mendatangkan income.

Seperti tajuk di atas;
ramai yang mengaduh kerana tidak menjana pendapatan
dengan blog yang mereka bela sejak sekian lama.

Apabila ditanya, “Dapat income ke menulis blog?”
Dengan lemah mereka menjawab “Blog saya Bahasa Melayu,
manalah dapat duit“.

Salah faham sebeginilah, yang mencorak blog
kebanyakan orang, yang mana, ia menjadikan
blog semakin lama semakin hambar.

Jika dahulu, hari-hari update, lama-lama
sebulan sekali pun susah.

Sebenarnya, banyak cara untuk buat duit dengan blog;
walaupun anda menulis blog Bahasa Melayu.
Salah satunya, dengan meletakkan iklan
Nuffnang di dalam blog anda.

Anda menjana pendapatan dengan meletakkan
iklan Nuffnang pada blog, tapi, sebulan hanya dapat
RM1 ke RM50 sahajalah. (kebanyakkannya)

Ada satu lagi cara buat duit. Iaitu dengan menulis
review di blog anda. Review ialah, membuat penulisan
post berkaitan dengan sesuatu produk atau perkhidmatan.
Kalau anda sudah ada blog, anda boleh mencuba di
www.buyblogreviews.com

Anda akan dibayar melalui paypal.

Itu dahulu tip daripada saya;
selamat berblog !

PS : Jika anda hendak menjana RM100 ke RM1000 sebulan,
ketahui rahsianya di http://www.akuseorangblogger.com/

Ikhlas;
Mohd Johadi

Proton Saga Aeroback 1.5i (M)

This item was filled under [ Used Cars ]

Proton Saga Aeroback 1.5i (M)Proton Saga Aeroback 1.5i (M)Proton Saga Aeroback 1.5i (M)

For Sale

Proton Saga Aeroback 1.5i (M)

Price: RM 4000

Reg. year: 1989

Mileage: 30 000 – 34 999

Make: Proton

Model: Saga Aeroback

Transmission: Manual

Engine Capacity: 1.5 cc

Accessories: Alarm, Central lock, Power steering, Power window.

Mabuk dalam cinta terhadap Allah

This item was filled under [ AMALAN dan DOA, Doa, Muhasabah Diri, article ]

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, “Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya.”


Berkata Nabi Isa a.s, “Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu.”

Berkata pemuda itu lagi, “Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah.”

Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, “Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu.” Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.

Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, “Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu.” Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.

Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, “Aku ini Isa a.s.”Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, “Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya.”

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur.”

Tujuh macam pahala yang dapat dinikmatinya selepas matinya

This item was filled under [ AMALAN dan DOA, Doa, Muhasabah Diri, article ]

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1.Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2.Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3.Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4.Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5.Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6.Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7.Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur’an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : “Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1.Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2.Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3.Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

Kisah berkat disebalik membaca Bismillah

This item was filled under [ AMALAN dan DOA, Doa, article ]

Ada seorang wanita tua yang taat beragama tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu membuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa dimulai dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.


Suaminya sentiasa mengejek “Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-kejap Bismillah. Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari, suaminya berkata,nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu.

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata : “simpan duit ini”. Isterinya mengambil duit tersebut dan menyimpan ditempat yang selamat. Disamping itu, suaminya telah melihat tempat yang disimpan. Kemudian dengan senyap-senyap dia mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian, dia memanggil isterinya dan berkata : “Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan”. Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat itu dengan membaca Bismillahirrahmanirrahim.

Ketika itu, Allah menghantar malaikat Jibril untuk mengembalikan beg duit itu dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjatnya dia. Dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya. Ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Aku tinggalkan cinta kerana Dia

This item was filled under [ Muhasabah Diri, article ]

Cerita dibawah ini adalah cerita sebenar luahan hati seorang lelaki yang dipetik dari empunya. Harap dibaca dengan teliti…amat menyayatkan hati?

Wahai teman-teman sekalian,


Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkar apa yang telah Allah swt tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya dan dialah orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah swt, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula. Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur bibir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman disisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjang-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walaupun sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual deangan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami menghadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.

Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serious sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada suatu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.

“I haven’t found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven’t heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there’s no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now.”

“Not a single phrase, nor a word.”

“My sweetheart, if you want to build a family, a faithful o¬ne, you can never build it o¬n what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don’t even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can’t have a happy family if Allah doesn’t help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah o¬n their side. You can’t expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning.”

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata:
“It’s not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so.”

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi syarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insyaAllah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi memaafkan kami.

Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syatian yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunilah aku.

Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri dengan diri saya sendiri, dialah yang akan menjadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. InsyaAllah, sekiranya Allah swt panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permasuri di hati saya. InsyaAllah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaaan saya.

“Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu deangan insan yang seumpamanya.”

Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga abab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syaaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?

Mafraq, Jordan

-dr sorg sahabat-

Tanda-tanda kematian….

This item was filled under [ AMALAN dan DOA, Muhasabah Diri, article ]

Kita sering dikejutkan dengan kehilangan insan-insan yang kita sayangi atau kenalan yang tidak kita sangka pemergiannya dalam jangka waktu yang cukup singkat…

Namun,sedarkah kita KEMATIAN adalah satu KEPASTIAN yang kita sendiri harus bersedia menghadapinya.

Saya terpanggil untuk berkongsi artikel yang saya telah saya baca tentang TANDA-TANDA KEMATIAN….

Sebelum itu,saya juga dengan penuh rendah diri memohon ribuan kemaafan bagi setiap perkara yang telah dilakukan sekiranya ada salah dan silap…

Bermulalah…..

TANDA 100 HARI SEBELUM KEMATIAN.. “

Ini adalah tanda pertama dari ALLAH SWT kepada hambanya dan hanya akan Disedari oleh mereka yang dikehendakinya……Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini hanya saja mereka menyedari atau tidak…..

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu asar, seluruh tubuh
bermula dari hujung rambut hingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Getaran ini tidak sakit,tidak kerana sejuk atau takut pada apa-apa. Getaran ini rasanya ‘enak’.Dan kita macam tak boleh terbuka mulut nak beritahu orang lain bahawa kita alami getaran ini.

Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar……

Tanda ini rasanya nikmat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati
bahawa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan berhenti dan
hilang setelah kita sadar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan
kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu
saja tanpa sembarang manfaat…

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini, maka ini adalah peluang
Terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI SEBELUM KEMATIAN.. “

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu asar, bahagian pusat kita
Akan berdenyut-denyut pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan
Gugur dari pokok yang letaknya diatas arash ALLAH SWT, maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai melakukan persiapan
atas pencabutan nyawa kita,antaranya ialah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang masa …Akan terjadi malaikat maut ini memperlihatkan wajahnya sekilas. jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan
bingung seketika…Juga mulai saat ini, Malaikat maut akan sentiasa berdampingan dengan kita. Israil tidak lagi akan berpisah dengan kita. Kadang-kadang badan boleh terasa meremang sekali-sekala. Kita akan banyak termenung dan seolah-olah khayal dan berada di alam lain.

TANDA 7 HARI .. “

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan dimana orang sakit yang tidak makan, secara tiba-tiba
ia berselera untuk makan…( Mungkin barakah atau kenikmatan hidup yang diberikan Allah untuk hamba tersebut untuk detik-detik terakhir )

TANDA 3 HARI… “

( masih berhubungan dengan tanda-tanda menjelang kematiannya seseorang, bagi orang yang tengah dilanda sakit. Tanda ini mungkin tidak terjadi pada orang yang sehat. ) Jika ini terjadi pada kita yang sedang sakit, maka akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu
diantara dahi kanan dan dahi kiri, jika tanda ini dapat dirasakan maka
berpuasalah kita setelah itu supaya perut kita tidak mengandung banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti….

Sebab Israil seumpama ‘malu’ bila menjalankan tugas mencabut nyawa orang yang berpuasa dan keduanya menurut Imam Al-Ghazali lagi, untuk menyenangkan orang menyelenggarakan jenazah kita nanti.

Kalau sedang mengamati orang yang sedang sakit parah, dan seperti hanya menunggu waktu , maka perhatikan tanda-tanda ini :

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang
yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat terlihat
jika kita melihatnya dari bahagian samping…

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam…Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakan…

TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di
sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun dimana ini menandakan kita
tidak akan sempat untuk menemui waktu asar keesokan harinya….

TANDA AKHIR…. “

Akan terjadi keadaan dimana kita akan merasakan sejuk dibagian pusat
dan rasa itu akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian
Halkum… Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimat SYAHADAT dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada ALLAH SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula…wallah’ualam…

Kalau diantara kita ada yang menyedari saat -saat tersebut…..
mungkin sudah saatnya buat kita untuk, minta maaf dengan seluruh anggota keluarga, saudara, sahabat, teman, dan tak lupa sesama sahabat blogger.

Meskipun seandainya kita seumur hidup berbuat jahat selalu,
Semoga saat kita dicabut nyawanya,kita dalam keadaan berbuat baik.

Amiiiiin……

Tagged with: [ ]

Video Traffic Wave Review – Selepas Lebih Sehari… oleh Zamri Nanyan

This item was filled under [ Internet Business, video ]

Selepas sehari lebih menghantar email kepada subscriber saya, saya rekod hasil kumpulan Traffic Wave daripada promosi email tersebut melalui video di bawah:

http://www.BisnesDigital.com/trafficwave

Tagged with: [ ]

cara-cara ubah format video youtube

This item was filled under [ ilmu pc, video ]

Setelah kita tahu menyedut video dari youtube, kebanyakkan video tersebut dalam bentuk format flv, dan format flv ini jarang boleh dimainkan oleh kebanyakkan komputer kecuali didalam komputer tesebut telah pun di install kan dengan flv player. Format ini juga tidak boleh diubah suai sekiranya kita ingin meng edit kannya mengguna window movie maker.

Jadi lihat video yang disediakan untuk melihat bagaimana kita boleh mengubah format video yang telah di download kan daripada youtube ke format wmv atau avi.

Page 1 of 612345...Last »
2 visitors online now
2 guests, 0 members
Max visitors today: 2 at 02:56 am UTC
This month: 2 at 08-01-2010 02:56 am UTC
This year: 48 at 06-26-2010 09:43 pm UTC
All time: 48 at 06-26-2010 09:43 pm UTC
Theme Tweaker by Unreal